Jumaat
seindah mawar berduri
Posted by qudwah at 5:55 PG 0 comments
Labels: mawar berduri
Khamis
menutup aurat
Islam adalah agama yg indah dan tidak menyusahkan penganutnya. Walaupun menutup aura adalah wajib di sisi islam, namun ramai yg telah tersalah anggap dengan mengatakan memakai tudung atau baju labuh adalah sesuatu yg merimaskan dan tidak kelihatan sofistikated. Anggapan ini tidak seharusnya berlaku. Islam telah menggariskan satu penyelesaian yg mudah utk penganutnya utk melaksanakan tuntutan seperti yg disyariatkan.
9. Aurat wanita sesama wanita adalah seluruh tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Kawasan yg haram dilihat, adalah haram didedahkan walaupun ia tidak menimbulkan fitnah.
Posted by qudwah at 8:15 PG 0 comments
Labels: east-ma sejati
ujian dan dugaan bunga syurga
UJIAN SELALUNYA MEMBUAT KITA LEBIH TABAH
Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....
Posted by qudwah at 7:43 PG 0 comments
Labels: qutratunnada
wujudkah couple islamik
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya? Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.Berhentikan Proses Seterusnya! Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW). Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah. Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..Sudah terlanjur digosipkan…. :-)
Posted by qudwah at 7:23 PG 0 comments
Labels: qarihah busyira
Sebagai panduan hidup Astargfirullah...........
Posted by qudwah at 5:11 PG 0 comments
Labels: nurul isma rusli
Rabu
renungan buat wanita duniawi
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah. Istimewanya Wanita :
- Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
- Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
- Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
- Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi
www.hakimiwellington.com
penghalang baginya daripada api neraka." - Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
- Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
- Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
- Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
- Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
- Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
- Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
- Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
- Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
- Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
- "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
- Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
- Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
- Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
- Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
- Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
- Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Posted by qudwah at 5:33 PG 0 comments
Labels: muslimah sejati
wanita acuan al-quran
Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita ->
- Yang Beriman
- Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
- Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
- Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
- Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
- Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
- Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
- Yang Menjaga tuturkatanya
- Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
- Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
- Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
- Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
- Yang Menghormati ibubapanya
- Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
- Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
- Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami mendalami Agama Islam
- Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
- Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta
wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita
Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT
Posted by qudwah at 5:08 PG 0 comments
you'll never walks alone... aurat muslimah
Assalamulaikum…. Semoga bingkisan ini dapat dimanfaatkan
bersama..wallahua'alam
Dari Firman Allah S.W.T dan hadis Nabi S.A.W
Bulu Kening
Rasulullah S.A.W melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu
kening begitu juga yang diminta supaya dicukurkan bulu keningnya
Tumit kaki
Dan janganlah mereka (wanita) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui oleh orang lain akan perhiasan yang mereka sembunyikan.
Wangian
Wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati satua kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap –tiap mata ada zina.
Dada
Hendaklah mereka (wanita) melabuhkan kain tudung sehingga menutupi
dada-dada mereka.
Gigi
Rasulullah melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya supaya menjadi cantik dimana ia mengubah ciptaan Allah.
Wajah Dan Leher
Dan tinggallah kamu (wanita) dirumah dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu.
Wajah Dan Tangan
Asma Bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sanda Rasulullah S.A.W,"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.
Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
Mata
Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandanganya. Seperti sabda Nabi S.A.W, " Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan lainnya. Pandangan
seterusnya tidak dibenarkan"
Mulut
Janganlah wanita itu terlalu lembut dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan – perkataan yang baik. Sabda Nabi S.A.W,
"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka menamakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi –bunyi (muzik) dan penyanyi wanita, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi"
Alat Kelamin
Dan katakanlah kepada wanita -wanita mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Apabila seorang wanita itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga daripada pintu –pintu syurga yang dia kehendaki. Tiada seorang wanita pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih –lebihan, maka Allah akan
memberinya pakaian kehinaan dihari akhirat nanti. Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang yang condong pada maksiat dan mendorong orang lain
untuk berbuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Wanita yang berpakaian nipis dan jarang, ketat dan terbelah atau membuka bahagian - bahagian tertentu seperti firman Allah dalam surah Al –Ahzab,"hai para nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri –isteri orang mukmin, hendaklah memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka didunia yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim
Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati...
Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....
Posted by qudwah at 5:04 PG 0 comments
Labels: east-ma89
wanita mithali
WANITA MITHALI
Sabda Rasulullah "Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah" Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh) Wanita Mithali
Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah"
Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.
Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kena apply according to perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah. Antara gambarn-gambarn itu ialah :
(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan
(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?" jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".
Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga. Sekiranya kamu =)
(a) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(b) berpuasa di bulan Ramadhan
(c)mentaati suami
(d) menjaga kehormatan diri Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."
Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.
Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul
Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu". Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta (kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.
Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain. Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya. Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpa dengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat. Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri perlu tahu kehendak suami supaya masing-masing tidak mencari yang lain. Contohnya, bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapan pun tidak tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri ,mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami. Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan. Jangan bandingkan suami kita dengan orang lain, i.e. suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak...dan macam-macam lagi. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak ...janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain...buruk akibatnya... Dalam peristiwa Isra' & Mi'raj ini, golongan lelaki & perempuan yang tak pandai jaga kehormatan diri di panggil " orang-orang yang memakan daging haram". Contohnya : suami yang ada affair dengan isteri orang dan sebaliknya.
Dalam surah Al-Imraan, Allah dah menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu isteri mesti pandai menjaga hati suami.
Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti2 berkumpulan seperti berpersatuan dan sebagainya. Jangan disebabkan rasa sunyi kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.
Taat pada suami. Rasul Allah berkata; "Inilah yang paling susah" Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak. Pernah suatu masa dahulu, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulallah pulang, Baginda berkata pada Aisyah " Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?" Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus turunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal
Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan. takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa. Rasul Allah bersabda : "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan".
Isteri perlu dapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. jangan nakkan isteri baik tapi suami tidak berperangai sepatutnya. Walaupun begitu, ada di dalam Al Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya Asiah isteri Firaun. Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing. Allah telah berjanji " Manusia ini lemah, bagaimana sombongnya dia, ada satu titik kelemahan padanya". Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang tinggi egonya, sombong. Lelaki perlu ada ego tapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu spt. cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi dayus.
Rasul Allah bersabda, lebih kurang maksudnya : " Sekali kita berbuat baik, tidak diingati tetapi sekali kita berbuat jahat, akan diingat selamanya". "Seorang bertanya : Ya Rasul Allah, apakah itu agama? Agama itu ialah jangan marah ." " Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi".
Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.
Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah An-Nur : 60. Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.
Hadith Rasul Allah s.a.w. : "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti sembahyang malam."
Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai tunjukkan kasih sayang, pabila disuruh ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal. Rabi'atul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya :" Aku sanggup berlapar dari makan makanan yang haram." Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezeki yang sedikit tetapi mencukupi, bukan yang banyak tetapi tidak mencukupi.
Perkara-perkara yang menghalang dari menjadi mithali :
1. Terlalu cemburukan suami
2. Mengabai hak suami
3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.
4. Tidak mahu menemankan suami tidur.
5. Bergaduh tentang perkara yang kecil, remeh temeh.
6. Isteri yang baik ialah isteri yang mahu kebaikan untuk suami. Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pendokong kepada suami.
Sebenarnya, di setiap kejayaan sebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri. Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.
Suami & Isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwalah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting. Ianya adalah senjata orang mukmin. Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12) -Disebalik senyuman dan wajah tenang seorang wanita.hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala gundah di hatinya,segala derita yang ditanggungnya.
Rela disimpan sendiri kerana apa yang ingin dipersembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan,walau hati ditimpa seribu duka.hanya Allah jualah tempatnya mengadu.
Posted by qudwah at 4:49 PG 0 comments
Labels: wanita ummah