CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu

you'll never walks alone... aurat muslimah



Assalamulaikum…. Semoga bingkisan ini dapat dimanfaatkan
bersama..wallahua'alam
Dari Firman Allah S.W.T dan hadis Nabi S.A.W
Bulu Kening
Rasulullah S.A.W melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu
kening begitu juga yang diminta supaya dicukurkan bulu keningnya
Tumit kaki
Dan janganlah mereka (wanita) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui oleh orang lain akan perhiasan yang mereka sembunyikan.
Wangian
Wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati satua kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap –tiap mata ada zina.
Dada
Hendaklah mereka (wanita) melabuhkan kain tudung sehingga menutupi
dada-dada mereka.
Gigi
Rasulullah melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya supaya menjadi cantik dimana ia mengubah ciptaan Allah.
Wajah Dan Leher
Dan tinggallah kamu (wanita) dirumah dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu.
Wajah Dan Tangan
Asma Bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sanda Rasulullah S.A.W,"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.
Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
Mata
Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandanganya. Seperti sabda Nabi S.A.W, " Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan lainnya. Pandangan
seterusnya tidak dibenarkan"
Mulut
Janganlah wanita itu terlalu lembut dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan – perkataan yang baik. Sabda Nabi S.A.W,
"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka menamakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi –bunyi (muzik) dan penyanyi wanita, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi"
Alat Kelamin
Dan katakanlah kepada wanita -wanita mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Apabila seorang wanita itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga daripada pintu –pintu syurga yang dia kehendaki. Tiada seorang wanita pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih –lebihan, maka Allah akan
memberinya pakaian kehinaan dihari akhirat nanti. Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang yang condong pada maksiat dan mendorong orang lain
untuk berbuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Wanita yang berpakaian nipis dan jarang, ketat dan terbelah atau membuka bahagian - bahagian tertentu seperti firman Allah dalam surah Al –Ahzab,"hai para nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri –isteri orang mukmin, hendaklah memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka didunia yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim
Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati...
Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....

0 comments: